Polisi Privasi

Notis Perlindungan Data Peribadi

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Fonterra dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama (“Fonterra”) menggunakan Data Peribadi anda.

FONTERRA BRANDS MALAYSIA SDN. BHD. (“FONTERRA BRANDS MALAYSIA”) menyedari kepentingan privasi. Data peribadi anda diperlakukan dan diambil serius oleh kami. Notis Data Peribadi dan Privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.

Pengumpulan Data Peribadi

“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti , termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Fonterra dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Fonterra dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

Dimana anda adalah seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan , “data peribadi” anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Fonterra dalam borang pendaftaran, borang permohonan, surat menyurat atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Fonterra dari masa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

Penyediaan dan pembekalan Data Peribadi telah diberikan oleh anda secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Fonterra Data Peribadi anda, Fonterra tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan di bawah.

Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan Fonterra tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

Sumber di mana Data peribadi boleh diperolehi

Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Fonterra secara langsung, Fonterra mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti: -

Tujuan Pemprosesan

Fonterra menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan komersial dan perniagaan dan aktiviti-aktiviti Fonterra yang termasuk, tanpa had, tujuan berikut (“Tujuan”):

Di mana anda seorang pelanggan Fonterra:

Di mana anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan:

Am:

Tujuan Pemasaran dan Promosi

Fonterra juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan”) : -

melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), applikasi melalui tangan dan/atau melalui e-mel .

Jika anda tidak memberi persetujuan kepada Fonterra untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila maklumkan kami di Fonterra seperti yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah Fonterra yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan Fonterra terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, Fonterra mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had) : -

Data Peribadi Anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat , seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.

Akses & Permintaan Pembetulan dan Pertanyaan, Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda, membuat permintaan untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi : -

PIC: Fonterra Customer Service

No. Telefon: 1800-88-3122

Waktu Operasi : 9 pagi – 6 petang dari Isnin – Jumaat (kecuali cuti umum)

Fonterra berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Fonterra mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.

Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menghadkan atau menyahaktifkan “cookies”, dengan memadamkan sejarah pelayaran anda dan dengan memadamkan cache dari pelayar internet anda.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa Fonterra tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan Fonterra tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

Maklumat peribadi daripada Bawah umur dan Individu Lain-lain

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada Fonterra. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada Fonterra, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.

Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan tersebut, anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada Fonterra dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Pengakuan dan Persetujuan

Dengan berkomunikasi dengan Fonterra, menggunakan perkhidmatan Fonterra, pembelian produk daripada Fonterra atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Fonterra, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Fonterra seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Fonterra mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Fonterra, dengan terus menggunakan perkhidmatan Fonterra, membuat pembelian produk daripada Fonterra atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan Fonterra berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.

Sekiranya ada apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.