Protein bukan setakat untuk tumbesaran kanak-kanak

Harian Metro - Gambar

PASTI ada antara kita yang pernah mengalami perubahan emosi, cepat letih dan lapar serta luka mengambil masa lama untuk sembuh.

Petanda itu menunjukkan bahawa sebenarnya badan anda kekurangan protein1.

Anda disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus daripada kalori harian anda daripada protein.

Sumber protein juga perlu dipelbagaikan daripada pelbagai jenis makanan agar protein yang diambil lebih lengkap dan berkualiti.

Tidak semua protein sama kerana setiap sumber mengandungi asid amino dalam perkadaran yang berbeza.

Apabila kita mengambil protein, apa yang sebenarnya diserap dan digunakan oleh badan kita ialah asid amino tersebut.

Sumber protein lengkap dan berkualiti mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu; asid amino ini dianggap penting kerana badan kita memerlukannya untuk berfungsi secara optimum dan asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri.

Protein boleh didapati daripada susu, soya, yogurt rendah lemak, dada ayam, semangkuk kacang dan pelbagai lagi makanan yang kaya protein.

Pakar nutrisi Surainee Wahab berkata, protein selalu disalah anggap sebagai keperluan orang yang ingin membina otot sahaja, tetapi ia merupakan salah satu makronutrien yang penting untuk diambil sebagai sumber tenaga oleh semua orang selain karbohidrat dan lemak.

"Ia adalah komponen penting dalam tulang, otot, kulit, kuku dan rambut yang biasanya diperlukan untuk membaiki sel tubuh yang rosak dan menghasilkan sel yang baru.

"Selain diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh terutamanya kanak-kanak, protein turut memainkan peranan penting dalam pengawalan hormon dan enzim serta membawa oksigen pada sel darah merah ke seluruh tubuh," katanya.

Pengambilan protein yang mencukupi boleh mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan kecederaan, selain melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit dengan meningkatkan sistem imun.

Beliau berkata, pengambilan protein yang tinggi dalam diet boleh mengurangkan potensi kehilangan jisim otot, membantu membina otot dan memberi rasa kenyang yang lebih lama yang seterusnya boleh mengawal berat badan.

Saranan Pengambilan Nutrien, RNI Malaysia (2017), menyarankan pengambilan protein untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun adalah sebanyak 16g/hari, manakala tujuh hingga sembilan tahun 23g/hari.

Remaja lelaki berusia antara 10 hingga 18 tahun disarankan untuk mengambil protein antara 30g/hari hingga 51g/hari, manakala remaja perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun pula disarankan untuk mengambil protein antara 31g/hari hingga 42g/hari.

Dewasa lelaki berumur 19 hingga 59 tahun disarankan untuk mengambil protein antara 61 hingga 62g/hari, manakala dewasa perempuan berusia 18 hingga 59 tahun disarankan untuk mengambil protein antara 52 hingga 53g/hari.

Surainee Wahab

Surainee berkata, pengambilan protein yang tinggi berserta dengan senaman rintangan boleh meningkatkan jisim otot tubuh.

Bagaimanapun, jisim otot tidak boleh meningkat dengan pengambilan diet tinggi protein semata-mata tanpa melakukan senaman.

"Tubuh tidak boleh menyimpan protein, oleh itu lebihan protein akan disimpan sebagai lemak tubuh untuk tenaga," katanya.

Surainee berkata, pengambilan makanan yang seimbang dari sumber makanan semulajadi amat digalakkan untuk kesihatan tubuh yang menyeluruh.

Katanya, pengambilan makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya protein juga merupakan antara alternatif yang boleh membantu mencapai saranan pengambilan protein harian terutamanya jika tiada selera makan, melangkaui masa makan atau sikap memilih makanan yang lebih cenderung dalam kalangan kanak-kanak.

"Pengambilan susu bukan sahaja mengandungi tinggi protein namun diperkaya dengan vitamin dan mineral yang baik seperti kalsium, fosforus dan vitamin B.

"Kalsium dan fosforus penting untuk pembentukan tulang yang kuat2. Susu juga mengandungi protein yang menyokong pembentukan otot. Vitamin B2 diperlukan untuk menukar makanan ke bentuk tenaga," katanya.

Selain itu, susu biasanya diperkaya atau difortifikasi dengan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dan fosforus.

Image

Bagi lebih memudahkan anda mendapatkan sumber protein mencukupi untuk badan, Fonterra Brands Malaysia memperkenalkan produk keluaran baharu iaitu susu tepung Fernleaf Protein+ yang dihasilkan dengan susu New Zealand serta mengandungi kandungan protein tinggi dan berkhasiat.

Kandungan proteinnya adalah 90 peratus lebih daripada susu tepung untuk keluarga seperti Fernleaf Family, dalam setiap 100g.

Diformulasikan dengan campuran susu tepung, soya serta kombinasi unik tiga jenis protein iaitu dadih (whey), kasein, dan soya, Fernleaf Protein+ yang lazat serta berkrim ini mengandungi 10g protein dalam setiap gelas.

Khasiat yang terkandung dalam susu tepung Fernleaf Protein+ sudah semestinya dapat menyokong keperluan nutrisi rakyat Malaysia pada masa kini untuk mereka.

Mari kekal bertenaga sepanjang hari melalui gaya hidup yang aktif dan pengambilan diet yang seimbang.

Sehingga 31 Januari 2023, beli mana-mana produk Fernleaf dan dapatkan susu tepung Fernleaf Protein+ (280g) pada harga RM10.90 sahaja sempena promosi pengenalan di Kedai Rasmi Fernleaf di Shopee.

Fernleaf Protein+ juga boleh didapati di kebanyakan pasar raya.

Berikan keluarga anda kebaikan susu dari New Zealand dengan protein tinggi untuk menyokong keperluan nutrisi mereka dengan susu tepung Fernleaf Protein+.

Rujukan:

Mikstas, M. (Ed.). (2022, December 2). Protein deficiency: 7 signs you're not getting enough protein. Nourish by WebMD. Retrieved January 19, 2023, from http://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-not-enough-protein-signs

2 Heaney, R. P. (2004). Phosphorus nutrition and the treatment of osteoporosis. Mayo Clinic Proceedings, 79(1), 91–97. https://doi.org/10.4065/79.1.91

 

Kredit artikel dari Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/sihat/2023/01/929169/protein-bukan-setakat-untuk-tumbesaran-kanak-kanak