Pudding Payasam 

serves 4
30 mins

Ramuan

  • ½ cawan sago
  • 5 cawan air
  • 8 sudu Susu Tepung Penuh Krim Fernleaf
  • 1 cawan gula melaka
  • ½ camca serbuk pelaga
  • 1 sudu minyak sapi
  • ¼ cawan kacang gajus
  • ⅓ cawan kismin hitam dan emas
  • 10g serbuk jeli konnyaku

Cara-cara

  1. Adun sebati gula melaka dengan 3 cawan air.
  2. Panaskan minyak sapi dan tambah kacang gajus serta kismis dalam kuali. Goreng sehingga perang keemasan. Matikan api dan biarkan.
  3. Dalam satu lagi pot, didihkan sago dalam 2 cawan air sehingga sago masak.
  4. Campurkan Susu Penuh Krim Fernleaf dan serbuk pelaga ke dalam air gula melaka. Tambahkan ini dalam campuran sago
  5. Tambah serbuk jeli konnyaku ke dalam campuran sago. Kacau hingga campuran menjadi tebal, kemudian matikan api.
  6. Biarkan campuran sago sejuk seketika sebelum memasukan jeli ke dalam acuan. Sejukkan jeli hingga sedia untuk dihidang.
  7. Untuk hidang, tanggalkan jeli daripada acuan dan hiaskan dengan kacang gajus dan kismis.