Pear Berinti Bersama Yogurt Madu 

serves 2
5-10 mins

Pear berinti bersama yogurt madu sungguh memikat selera dan mudah disediakan walaupun pada waktu malam. Satu hidangan sihat ni belum tentu cukup buat anda, mesti anda nak lagi dan lagi!

Bahan-bahan: 

  • 2 biji pear 
  • 2 sdb mentega Anchor, dipotong kiub
  • 2 sdb gula perang 
  • ¼ sdt garam laut
  • 2 sdt halia, dicincang 
  • 1 sdt kulit kayu manis 
  • ½ cawan biji bunga matahari 
  • ½ cawan kacan pekan

Hidangkan bersama: 

 

  • 1 cawan Fernleaf Greek natural Yogurt 
  • 2 sdb madu bunga 

Cara: 

  1. Panaskan oven kepada suhu 190C. 
  2. Pear dibelah dua, dibuang biji, dicedok sedikit isi bagi membina ruang isian ‘crumble’ (anda boleh menggunakan sudu atau pencedok biskut mahupun melon).
  3. Potong sedikit pada bahagian bawah setiap pear bagi membolehkan ia terletak dengan elok dan rata di atas dulang pembakar, kemudian letakkan di atas dulang pembakar ataupun pinggan.
  4. Letakkan mentega, gula perang, garam laut, halia,kayu manis, biji bunga matahari dan kacang pekan ke dalam pengisar dan kisar sehingga ia membentuk ‘crumble atau gumpalan’.
  5. Isikan pear dengan ‘gumpalan’ dan bakar selama 60 minit sehingga ‘gumpalan’ keemasan dan pear menjadi lembut.
  6. Hidangkan suam-suam bersama yogurt Greek dan hiaskan dengan titisan madu.