Pudding Mangga 

serves 4
30 mins

Bahan-Bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • ¾ cawan air suam + 4 sudu besar Susu Tepung Fernleaf Full Cream
  • 1 cawan isi mangga (dikisar)
  • ½ cawan isi mangga (dipotong dadu)

Cara Memasak:

  1. Bancuh Susu Tepung Fernleaf Full Cream.
  2. Di dalam periuk, campurkan serbuk agar-agar, gula, air dan susu Fernleaf. Masak hingga mendidih.
  3. Tuang sedikit ke dalam acuan yang telah diletakkan hirisan mangga, letak di bahagian sejuk beku selama 5 minit supaya cepat mengeras.
  4. Masukkan isi mangga yang telah dikisar ke dalam baki puding tadi, kacau sehingga mendidih.
  5. Tapis ke dalam acuan yang telah disejukkan tadi.
  6. Biarkan seketika sehingga bersuhu bilik, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  7. Sedia dinikmati ketika sejuk.