Pudding Roti 

serves
50 mins

Bahan-bahan

  • 8-10 keping roti putih, dipotong kecil
  • ½ cawan Keju Mozzarella Perfect Italiano, parut
  • 3 cawan air + Susu Tepung Fernleaf Full Cream 
  • 3 biji telur
  • ½ cawan kismis
  • 1 ½  cawan gula kastor
  • ¼ cawan krim putar
  • 2 sudu besar Mentega Anchor (unsalted), cairkan
  • ½ sudu kecil serbuk buah pala

Bahan-bahan B (Cheese Frosting)

  • 120gm Mentega Anchor (unsalted)
  • 230gm Krim Keju Anchor
  • ¾ cawan gula kastor
  • ¼ cawan Keju Mozzarella Perfect Italiano, parut
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Memasak

  1. Sediakan mangkuk tahan panas lalu sapu Mentega Anchor (unsalted) secukupnya.
  2. Susun potongan roti di dalam mangkuk bersama kismis, tuang susu Fernleaf dan biarkan roti terendam beberapa minit dan kacau rata dengan garpu
  3. Di dalam mangkuk lain, satukan gula, telur, Keju Mozzarella Perfect Italiano, serbuk buah pala dan esen vanilla lalu pukul sebati. Tambah Mentega Anchor (unsalted) dan Krim Keju Anchor lalu gaul sebati. Tuang ke dalam mangkuk berisi roti dan susu tadi. Tutup mangkuk dengan aluminum foil dan rehatkan pada suhu bilik selama 15 minit sebelum dikukus. 
  4. Panaskan periuk pengukus. Kukus puding selama sejam atau hingga puding masak. Sejukkan puding pada suhu bilik selama 15 minit.
  5. Sementara itu, satukan semua bahan B dan pukul sebati hingga menjadi adunan yang likat. Tuang ke atas puding dan ratankan. Hidangkan panas.