Ais Krim Payasam 

serves 4
30 mins

Ramuan

  • ½ cawan sago
  • 5 cawan air
  • 8 sudu Susu Penuh Krim Fernleaf
  • 1 cawan gula melaka
  • ½ camca serbuk pelaga
  • 1 sudu minyak sapi
  • ¼ cawan kacang gajus
  • ⅓ cawan kismin hitam dan emas

Tambahan

1 cubit safron

Cara-cara

  1. Adun sebati gula melaka dengan 3 cawan air.
  2. Panaskan minyak sapi dan tambah kacang gajus serta kismis dalam kuali. Goreng sehingga perang keemasan. Matikan api dan biarkan.
  3. Dalam satu lagi pot, didihkan sago dalam 2 cawan air sehingga sago masak.
  4. Campurkan Susu Penuh Krim Fernleaf dan serbuk pelaga ke dalam air gula melaka. Tambahkan ini dalam campuran sago
  5. Tambah safron (jika diguna) bersama sago dan masak hingga campuran jadi tebal.
  6. Padamkan api dan biarkan campuran sejuk sebentar.
  7. Asingkan kacang gajus dan kismis ke dalam 4 bahagian dan tempatkan setiap bahagian ke dalam acuan ais krim.
  8. Penuhkan 4 acuan ais krim dengan campuran sago yang telah disejukkan. Tempatkan acuan ais krim ke dalam peti pembeku dan hidangkan setelah campuran telah beku.