Pizza Gulung  

serves
- mins

Bahan-bahan: 

  • ・ 3 cawan tepung naik sendiri 
  • ・ 1½ cawan Fernleaf Protein+ Natural Yoghurt (pada suhu bilik) 
  • ・ ¾ cawan sos piza 
  • ・ 1 cawan keju parut Mozarella jenama Mainland 
  • ・ ½ cawan keju parut Edam jenama Mainland 
  • ・ 100g pepperoni 
  • ・ ¼ cawan daun basil segar (lebihkan daun basil untuk hiasan jika suka) 
  • ・ Minyak zaitun

Cara: 

  1. Panaskan oven ke suhu 190 darjah Celsius. Letakkan tepung ke dalam mangkuk adunan, tambahkan yogurt dan kacau dengan spatula sehingga sebati.
  2. Keluarkan dan letak ke atas papan pencanai doh dan uli sehingga ia membentuk bola aduan yang lembut. Jika doh anda masih melekit, tambah sedikit lagi tepung ekstra sehingga ia tidak lagi melekit dan bola doh menjadi sempurna.
  3. Gelek doh dengan ketebalan sehingga 1-2 cm membentuk empat segi. Ratakan sos Piza di atas doh dengan sekata, biarkan bahagian hujung pizza sebanyak 2 cm.
  4. Tabur keju di atas sos pizza, kemudian letakkan kepingan pepperoni di serata pizza. Sudahi dengan daun basil yang diracik dan taburkan dengan sekata. 
  5. Berus bahagian doh yang terdedah dihujungnya dengan air, kemudian dengan menggunakan tangan gulung segi empat tadi dengan berhati-hati dan potong kepada 8 bahagian. Susunkan potongan gulungan dengan bahagian potongan ke atas di dalam dulang pembakar. Renjiskan sedikit minyak zaitun. 
  6. Letakkan di dalam ketuhar dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga ia keperang-perangan atau keemasan. Taburkan lagi daun basil untuk dihidangkan semasa panas dan nikmati bila ia suam. Simpan di dalam bekas kedap udara di kawasan dingin, gelap sehingga 3 hari.