Kari Mac & Keju 

serves
50 mins

Bahan-bahan:

  • 30gm Mentega Anchor (salted)
  • 1 batang daun kari
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 30gm tepung serba guna
  • 300ml air suam + 4 sudu besar Susu Tepung Fernleaf Full Cream
  • 6 keping Keju Anchor
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa
  • 360gm makaroni yang telah direbus
  • 1 sudu kecil Keju Parmesan Perfect Italiano, parut
  • Pasli kering, secukup rasa

Cara Memasak

  1. Cairkan Mentega Anchor (salted), masukkan daun kari, serbuk kari dan tepung. Terus kacau selama 3 minit.
  2. Tuangkan dan pukul dalam campuran susu Fernleaf sedikit demi sedikit sehingga semua susu habis.
  3. Masukkan 6 keping Keju Anchor, gaul hingga semua keju cair.
  4. Tambah garam dan lada hitam secukup rasa
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus ke dalam sos yang telah disediakan, gaul dan campurkan.
  6. Pindahkan ke piring, taburkan Keju Parmesan Perfect Italiano dan pasli kering.