Strawberry Muffin 

serves
- mins

Bahan-bahan:

  • 100gm Susu Tepung Fernleaf Full Cream
  • 150gm jem strawberi
  • 4 biji telur
  • 75gm gula pasir
  • Sedikit esen vanilla
  • 80gm tepung gandum - diayak
  • ½ sudu kecil ragi segera
  • 2 sudu besar majerin - cair
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • Kelapa parut - untuk di tabur

Cara Memasak:

  1. Bancuhkan Susu Tepung Fernleaf Full Cream dengan sedikit air, kemudian masukkan jem starwberi dan masak. Setelah mendidih, ketepikan
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan 4 biji telur, gula pasir dan esen vanila dan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, ragi segera, majerin dan serbuk penaik. Pukul sehingga sebati.
  4. Kemudian, masukkan bancuhan jem strawberi tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuangkan bancuhan kedalam bekas mufin dan masak dalam ketuhar di suhu 175°C selama 25 minit.
  6. Setelah masak, buat lubang di tengah untuk diisi jem strawberi dan taburkan kelapa diatas. Kemudian siap untuk dihidangkan.