Pear Tarte Tatin Rebus Karak dengan Wain 

serves
10 mins

Kagumkan kawan-kawan dan kenalan dengan hidangan mewah Tarte Tatin yang mudah disediakan ini atau boleh sahaja anda nikmatinya sendiri.

Bahan-bahan: 

  • 4 biji pear, dikupas kulit dan dipotong dadu
  • ¼ cawan wain merah (Pinot Noir) 
  • 1 biji lemon, jus sahaja 
  • ½ sdt serbuk kayu manis
  • ¼ sdt garam 
  • ½ cawan madu   
  • 2 sdb mentega Anchor  
  • 1 keping puff pastri, dilembutkan  
  • Hidangkan bersama Fernleaf Natural yoghurt  

Sediakan kuali panci untuk membakar Tarte Tatin.

 

 

Cara: 

  1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200C. 
  2. Cairkan mentega di dalam kuali tahan ketuhar. Tambah jus lemon, madu, garam, serbuk kayu manis dan wain merah.
  3. Susun pear dan renih selama 15 minit, kacau sekali-sekala atau sehingga sebahagian wain merah telah masak. 
  4. Sementara itu, gulungkan puff pastri di atas papan pencanai yang telah ditaburkan tepung. Gunakan pinggan sedikit besar daripada kuali sebagai templat untuk memotong pastri di sekeliling pinggan dengan menggunakan pisau. Angkat pastri dan bentangkan di dalam kuali. Kemaskan bahagian hujung pastri di sekeliling buah. Cucuk pastri dengan menggunakan garfu, agar stim dapat keluar. 
  5. Bakar selama 30-40 minit, sehingga pastri keemasan dan mengembang.
  6. Dengan berhati-hati terbalikkan hidangan ke atas pinggan dan hidangkan panas-panas bersama yogurt asli.