Nasi Bakar dengan Ayam Buttermilk 

serves
- mins

Bahan-bahan

  • 400gm dada ayam - potong kecil
  • ½ sudu kecil serbuk cili
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil garam
  • 50gm Mentega Anchor (salted)
  • ½ biji bawang besar - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 200 ml susu - guna 3 sudu besar Susu Tepung Fernleaf Full Cream dengan 200ml air suam
  • 1 tangkai dan kari
  •  tangkai cili api merah
  • ½ sudu kecil gula
  • ¼ sudu kecil garam
  • 2 cawan nasi - 250 gm
  • Parutan Keju Mozzarella Perfect Italian secukupnya

 

Cara Memasak

  1. Lumur ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Cairkan Mentega Anchor (salted) dan tumis bawang putih dan bawang bear sehingga wangi.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak.
  4. Masukkan cili padi dan dan kari. Kacau rata.
  5. Masukkan susu Fernleaf dan kacau sehingga mendidih
  6. Masukkan 1-2 sudu bear parutan Keju Mozzarella Perfect Italiano. Tambahkan sedikit gula. Kacau sehingga sedikit pekat. Angkat.
  7. Ceduk separuh daripada ayam ke dalam mangkuk nasi dan gaul rata. Masukkan ke dalam dulang pembakar.
  8. Masukkan baki ayam selebih di atasnya. Tabur dengan parutan Keju Mozzarella Perfect Italian secukupnya.
  9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 8-10 minit.