Souffle 

serves
50 mins

Bahan-bahan

  • 4 biji telur gred A - asingkan kuning dan putih
  • 2 sudu besar gula & ¼ cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¼ cawan air dicampurkan dengan 3 sudu besar Susu Tepung Fernleaf Full Cream
  • ⅔ cawan tepung kek
  • 1 sudu kecil tepung penaik

Cara Memasak

  1. Pukul kuning telur sehingga bercampur.
  2. Tambahkan gula, susu Fernleaf dan esen vanila, kemudian gaul rata.
  3. Ayakkan tepung kek dan tepung penaik kedalam adunan.
  4. Kaupkan balik sehingga rata.
  5. Pukul putih telur sehingga berbuih halus, masukkan ¼ cawan gula sedikit-sedikit sehingga menjadi soft stiff meringue.
  6. Masukkan sedikit meringue ke dalam adunan kuning telur dan gaul sebati.
  7. Masukkan lebihan meringue dan kaup balikkan.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat atau skillet saiz 7 inci yang telah dioleskan minyak masak.
  9. Bakar 8 minit, pada suhu 180°C.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan kelar bahagian pancake 4 atau 6 bahagian.
  11. Bakar semua selama 12-15 minit, pada suhu 180°C.