Flat Bread Herba Kering 

serves
- mins

Bahan-bahan

  • 300gm tepung gandum, ayak
  • 180gm Susu Tepung Fernleaf Full Cream + ¼ cawan air, bancuh
  • 50gm Mentega Anchor (unsalted)
  • 1 sudu kecil herba Italy kering
  • ½ sudu besar minyak
  • ½ sudu kecil garam halus

 

Cara Memasak

  1. Campurkan mentega dan bancuhan Susu Tepung Fernleaf Full Cream di dalam periuk kecil lalu panaskan atas api sederhana hingga mentega cair.
  2. Di dalam mangkuk, gabung tepung gandum, garam, herba Italy kering dan campuran susu + mentega tadi. Gaul hingga semua bahan sebati.
  3. Tuang bahan-bahan yang sudah digaul tadi ke atas papa pencanailalu uli beberapa minit hingga menjadi doh yang lembut. Jika doh terlalu lembik boleh Mgmbah sedikit lag tepung gandum.
  4. Letak doh di dalam mangkuk lalu tutup menggunakan plastik cling wrap selama 30 minit.
  5. Setelah direhatkan, bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bentukkan bulat seperti bola
  6. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai, ambil sebiji doh yangdah direhatkan tadi lalu canaikan nipis.
  7. Panaskan kuali non-stick dengan api yang kecil. Sapu sedikit minyak di dalam kuali. Letakkan sekeping doh lalu masak di kedua-dua bahagian hingga agak garing dan sedikit perang.
  8. Flat bread in sesuai dimakan dengan sebarang sambal atau kuah kari.