5 Snek Untuk Anak Anda Yang Bersekolah
Bukan mudah untuk pastikan anak-anak yang bersekolah mendapat nutrien yang cukup di zaman yang mencabar ini. Jadi, ini adalah 5 petua snek yang akan membantu memenuhi keperluan nutrien harian:
1. Berikan anak anda permulaan hari yang baik dengan bubur oat atau bijirin bijian penuh. Adunkan dengan buah-buahan segar dan yogurt CalciYum untuk sedikit kemanisan.
2. Sediakan bekal makan tengah hari yang sihat untuk pastikan mereka mendapat nutrisi yang cukup. Tambah beberapa ketulan kecil buah-buahan dan sayuran seperti epal, beri serta timun; dan hidangkan susu Fernleaf untuk merangsangkan pengambilan nutrien.
3. Jadikan pemakanan yang sihat sesuatu yang seronok! Ajak anak-anak anda bantu sekali di dapur, potong sandwic, buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi bentuk-bentuk yang menyeronokkan. Bukan saja anak anda akan nikmati snek yang sihat malah aktiviti ini akan mendorong mereka menerokai kreativiti mereka.
4. Sediakan smoothie yang sihat dengan kombinasi susu Fernleaf yang lazat atau yogurt CalciYum, pisang yang masak, beberapa beri dan oat. Gunakan jenis buah-buahan berbeza untuk variasi.
5. Anak-anak semestinya sukakan ais krim! Ini adalah cara yang mudah untuk menyediakan ais krim versi sihat: potong pisang yang masak dan bekukannya. Nyahsejukkan ia selama 5 minit dan letakan ke dalam pemproses makanan. Tambah susu UHT Fernleaf untuk lembutkan ais krim semasa ia sedang diproses, dan siap! Sihat dan sedap.
SUMBER
http://www.3dairyaday.co.nz/food/basics-of-a-healthy-lunchbox/ http://www.heartfoundation.org.nz/uploads/HF-LoadingUpTheLunchbox_PRINT.pdf http://www.legendairy.com.au/~/media/legendairy/documents/recipes/ dairy%20kitchen%20cookbooks/ kids%20recipe%20book%20revised%2010.pdf?la=en